Tuesday, September 25, 2007

perginya seorang pakcik

lambaran dan alamat telah ku terima.... apa jawapan yang aku terima menerusi kening belah kanan ku......

rupanya pakcik sedara aku meninggal dunia...... ramuk hati takkala aku mengimpikan kucupan maaf ditangan insan yang bersifat sederhana...... hanya doa dan alfatihah yang mampu ku kirimkan..... moga ramadhan menjanjikan pintu syurga buatmu..... dirinya telah menghadap Tuhan sang pencipta yang menciptanya dari tanah dan ke tanah jua ia kembali......

moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat para solihin.... amin

AL-FATIHAH

cebisan nurani

hari nie terasa baru nak menaip dengan curahan idea sendiri.... aku tak tahu apa nak mula tapi nie lah yg bakal aku taip..... semalam tiada apa yang best kecuali menghafal skrip drama bahasa inggeris 4 teater... hari ni dugaan melanda apabila elektrik takdr sampai jam 6 ptg..... dan satu lagi masalah ialah kerana kening aku belah kana berkedit tak henti-henti samapai dah tengah hari..... aku tak tau apa alamat yg aku terima.....

lemparkan semuanya jauh sbb kembara aku akan bermula sebentar lagi.... taipan ini seperti org yang menati tika..... aku mula mengira menghitung mengamit apa yang bakal terjadi pada aku.... ada yang menanti tapi kutolak malah jadi telur di hujung tanduk.....byk alamat yang dah ku terima tapi tidak seteruk pagi ini.... hati aku bagai terperuk tatkala memori lalu mula menerjah kembali ke kotak fikiran aku.... damaian perasaan yang aku damba menjadi hambar.... apa yang mampu ku lakukan semakin dalam ku selusuri makin hitam tapi aku nekad untuk memutihkannya.... walaupun aku tahu ianya takkan berhasil.... perggggggggghhhhhhhhhhh pedih siot. liang air mata salju damai mula runtun... ah ia bermula sekali lagi...... apa yang harus ku lakukan...... tamparan demi tamparan aku terima tapi tidak pula ku merasa peritnya..... mesra dan belaian membuat aku terus di pagar janji..... ader org sedang menati tapi aku halang dengan pagar berduri dan ku tambah racun agar dia tidak mampu mendekati aku....... zalimnya aku ni... tapi aku mengejar seseorang..... untuk apa ....... biarkan semua belalak menarik mencarik membungkam jiwa... biar rasa macam mana itu derita..... adushhhhhhhhhhhhhhhhhhh..... dia lagi.... hati kata jgn harap ko akan ku hubungi tapi tu ego...... aku pasrah dalam kayangan yang ku ingin menjanjikan bahagia..... memnati sebuah jawaban membuatkan diri ni berdiri utuh walaupun ugutan dan maran telah kuterima..... walaupun padah kuterima diatas mengahalang org lain untuk mendekati aku tapi aku redha,...... darah cuma darah takkan halang aku untuk dapat apa yang ku mahu...... semalaman aku tak tido kerana ada yg sedang memnganggu aku... batuk yang aku terima maikn teruk... macam nak tercabut keronkong..... panas badan pula macam dalam ketuhar..... tapi aku biat tak tahu aje sbb aku rasa ianya ok...... tapi apa yang aku dapat...... nah ko rasakan semua ni...... baru ku tahu macam mana peritnya cinta suci..... baru ku tahu macam mana pedih ya menerima penangan dr org yang mengasihi diri ini.... tapi kenapa sekarang.... setelah aku jadi boneka..... kenapa sekarang setelah aku jadi bahan sindiran..... dan kenapa sekarang setelah aku ditampar..... aku mahukan jawaban tapi hambar ku terima.....

aku pedih.... aku sedih... malah aku yang sengsara

Ubat hati : Kita Sebenarnya...

Kita sebenarnye.. ....Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnye.. ....Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnye.. ....Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnye......Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang

Kita sebenarnye.. ....Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamuallaikum

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan

Kita sebenarnye.. ....Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita

Kita sebenarnye.. ....Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat


TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab KITA SEBENARNYA.. ....

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

Wallahualam.

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.
Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberirezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Sunday, September 23, 2007

13 perkara yang kita tidak perasan

(sekadar gambar hiasan)


Kadangkala dalam kita mengharungi kehidupan seharian, ada beberapa perkara yang kita tidak perasan berlaku disekeliling kita. Ada waktunya kita Cuma perasan apabila ia sudah tiada dimata. Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung…



1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. Atau menyayangi anda dalam beberapa cara.



2. Sebab utama seseorang membenci anda, adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.



3. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagian kepada seseorang , walaupun dia tidak menyukai anda.



4. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum tidur.



5. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.



6. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.



7. Anda seorang yang istimewa dan unik pada mata seseorang.



8. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.



9. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.



10. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula mungkin anda yang meminggirkan mereka.



11. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri, lambat laun anda akan Berjaya memilikinya.



12. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda. Anda akan berasa senang bla seseorang mengetahuinya.



13. Sekiranya anda mempunyai sehabat baik, ambillah masa untuk memberitahu yang dia adalah yang terbaik.



Justeru itu, fikir-fikirkan, walaupun sesekali kita berasa kita hidup berseorangan di dunia ini, ingatlah masih ada seseorang yang menunggu, sedang memerhati atau sedang menyayangi anda.

Friday, September 21, 2007

Shahrukh Khan's residence - MANNAT

ya Allah cuba tgk kemewahan aktor boolywood yg kaya ni













lirik lagu pilihan

Tika
Tria

Tika aku sendirian
Tika rindu menyapa ku
Tika
gelisah menyisih diriku

Kau nafas yang ku hamba cinta
Kau jiwa dan inspirasiku kasih
Demi Tuhan engkau ku cintai

Aku rindu sentuhanmu
Aku perlu
bicaramu
Aku dahagakan belaian kasihmu

Andai engkau tahu isi hati
Peritnya cinta yang suci
Oh kasihku aku cinta kamu

Lafaz kau mengota indah kata
Kau ilham segala asmara dewa
Hati luka yang kurelai

Aku rindu
sentuhanmu
Aku perlu bicaramu
Aku dahagakan
belaian kasihmu

Andai engkau tahu isi hati
Peritnya cinta yang suci
Oh kasihku aku cinta kamu

renungan

Kamar-kamar di Syurga

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahwa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

“Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?” Tanya para sahabat.

“Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya.”

“Siapa yang bertemu temamnya lalu member salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya’ dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap.” Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

Thursday, September 20, 2007

great higherst!!!!!!!!

Location : Paris
Height : 318 Meters
Floors :
Built : 1887

Location : Dubai
Height : 321 Meters
Floors :
Built : 1999

Location : Shanghai China
Height : 421 Meters
Floors : 88
Built : 1998


Location : Chicago Illinois
Height : 443 Meters
Floors : 110
Built : 1973



Location : Kuala Lumpur Malaysia
Height : 452 Meters
Floors : 88
Built : 1998




Location : Shanghai China
Height : 492 Meters
Floors : 101
To Be Completed : 2007





Location : Taipei Taiwan
Height : 508 Meters
Floors : 101
Built : 2004






Location : Guangzhou, Shanghai China
Height : 514.8 Meters
Floors : 131
To Be Completed : 2010







Location : WTC Manhattan NY
Height : 541 Meters
Floors : 69
To Be Completed : 2010








Location : Tokyo Japan
Height : 600 Meters
Floors :
To Be Completed : 2007









Location : Dubai
Height : 705 Meters
Floors : 160
To Be Completed : 2008










Location : Shanghai China
Height : 1228 Meters
Floors : 300
To Be Completed : 2020












Tuesday, September 18, 2007

buat renungan




Ada cerita tergempar pagi nie.

Pagi tadi saya sampai di Panasonic Johor Malaysiaaround7.40pm .
Sampai-sampai jer Fuaddin call myH/P, dia suruh saya segera ke Video AIP.
Tiba jer kat sana saudara Fuaddin terus bawa saya jumpa seorang operator ( Indonesia ).
Alangkah terkejutnya Masya-Allah.... kalau ikutkan hati memang nak sujud tapi dikelilingi pulak ramai operator kat situ....
"SUBHANALLAH" MAHA suci ALLAH.... saya dapati sebiji kurma tu ada tertulis kalimah LAILAHAILLALLAH...Memang jelas.
Operator tu cakap tiap-tiap hari memang diorang dah istiqamah berbuka dgn kurma yg Surau Committee edarkan setiap hari .
Kurma ini juga adalah hasil derma ikhlas semua warga PAVCJM dalam bersedeqah dibulan Ramadhan ini.
Beliau betul-betul tak sangka boleh terjumpa sebiji tertulis kalimah ini. Katanya dia akan simpan buat kenangan sampai bila-bila.

Saya sempat ambik gambar kurma tersebut, so sesiapa yg nak tengok, please see attached file.
Insya-Allah kalau nak tengok secara live kena jumpa Fuaddin buat appoinment dgn operator tersebut.

Jazakallah kepada semua Dermawan & Sukarelawan yang membungkus kurma. Hanya Allah yg mampu membalasnya.

ALLAHU AKHBAR!!!

seminit

hah dah nak masuk kul satu...... aper nie... keluhan kecil mengherdik diri.... perbuatan yang menghempas diri ke jerung batu..... pelik tetap pelik..... tapi itu hakikat.... dunia berubah tanpa ada belas kasihan... yang mundur ingin maju dan yang maju mahu menindas.... semua putaran.... semua belong.... semua krn DUNIA...... kau atau aku.... malu mahu memulakan.... semua nista.... pening, pening, pening. kalut bertambah.... perisa berkurang.... wadah yang hanya jemari sangsong menaip... bukan tipuan tapi khayalan..... kerana ugutan si .......... bedebah aku jadi pandai mereka-mereka kata.....
aku rindu sentuhan mu
aku rindu belaianmu....
untuk apa.... kata yang madahnya ditaip tapi tidak diucap....
ktak syg na!
mengenai apa.... walhal jurusan itu lurus tapi jalan nya berbengkang bengkok.....
mati dalam hidup.... bangun dalam tido semuanya membebankan....
nak taknak jaga waktu lena akan mencoret segala duka lara..... ini bukan mainan... tapi ini dugaan buatmu
bersungguhkah engkau dalam percintaan....
beranikah menempuh dugaan yang diberi
kerana ku bimbang kau tak mampu untuk bertahan
menghadapi rintangan
di hari muka

tamparan, tendangan segala macam aspek pukulan ku nanti.... tapi utk apa... gile ke..... sewel... dah nak mam#@$..... apa yang dah terjadi.... makin hari makin jauh.....

bukan itu maksud sanubari tapi lahiran ilmiah dalam kotak pikiran.....

renungkan adakah ini seminit atau lebih....

penuh cabaran

tak tahu mana nak mula. satu aura kuasa yang sgt luar biasa.... bahang nyer menusuk jiwa..... mungkin krn Ramadhan.... semacam kembara di tanah gersang yang penuh dgn onak duri..... tapi luaran tampak neutral...... ini keistimewaan ramadhan...... aku cuba merenung setiap ruang kosong dihati yang boleh dimasuki cahaya krn itu yang aku dahagakan..... aku tolak semua kepanasan krn itu juga bukan masalah..... aku berdiri di tengah dunia..... cuba gamit apa itu ramadhan........ berbelit-belit ku rasa..... situasinya tak sama dengan apa yang cuba diilhamkan...... keronkong nurani memekik semacam ada habuk yang semacam sudah seribu tahun bersarang..... pelita jiwa kudamba penongkah arus darah...... aku menjadi dingin dengan secara tetiba sahaja...... walhal intektual selalu mencari helah di balik semak yang agak rendang krn terlalu lama tidak ditebas..... aduhhhhhhhh.... keluhan biasa yang membuatkan aku rasa semacam bengong.... keluar sudah ayat ini..... cuba pula utk memahami jiwa insani lain tapi sebenarnya kekok.... apa lagi yang cuba difahami..... sujud ku akan dapat mengerti apa itu yang ku cari.... ilham seribu lautan ku tahan menjadi benteng perkasa untuk diri ini.... aku kalut... jiwa memberontak..... taipan ini sekadar taipan tapi kalutan dalam tulisan ini memaksa orang untuk berkata.... "ah tidak betul" "sewel' apa saja sebab mereka berada di luar lingkup sejarawan aku..... saing itu bererti lawan, jalan sama, kawan dan seumpamanya.... atas dasar apa..... semakin jauh taipan ini menjadikan pembaca semakin kalut apa yang cuba disampaikan..... aku tidak mahu menerangkan kenapa... kerana otak ku berlegar di angkasa...... masa sungguh pantas berlari.... walaupun tiada pacaindera tapi sindiran itu jelas terpapar..... aku cuba membakar apa saja yangada di depan ini tapi aku kalut... otak sempit jiwa parah.... semacam tsunami kasih yang melanda... kau gagah merobek setiap penjuru yang ada... tapi kau mengikut arahan.... gelombang dan hempasan gelora kau membuatkan jiwa direntap..... diSENTAP.... apa lagi yang berkaitan. aku hanya mampu tunggu ianya reda........ YA ALLAH engkau maha pengasih lagi maha penyayang.....

Monday, September 17, 2007

Renungan

wahai tetamu Ramadhan.... Bagimu Rahmat & Maghfirah... Air mata taubat, dendangan Tadarus, Selimut Tawarih & Bantal Tahajjud. Doakan agar kita perolehi Jannah. Jadikan Ramadhan ini yg terbaik krn kita tidak pasti, apakah ada lagi Ramadhan utk kita tahun depan.

Sunday, September 16, 2007

zaman kanak-kanak

Tetiba je nak kuar topic ni……. Ni semua angkara lepas sahur n then bersembang permainan masa kecik……… aku aper lagi mula lah amik pot ngan mengeluarkan belon ingatan aku………. Iskkkkkk syok nya masa zaman kanak-kanak dulu……. Tiada masa yg bleh dicuit utk benda lain melainkan main…….. Main galah panjang … nyorok ibu… jadi-jadi…… upih….. Tinting…… batu seremban…… getah….. gasing… guli… besar nak jadi aper…. Lumbe basikal…. Mandi sungai….. Ya Allah seronoknyer……… zaman berlalu n menongkah arus pembangunan segalanya berubah…. Drpd jln tanah merah ke berbatu warna merah yg menyebabkan kasut sekolah warna putih jadi merah ke bertar……… dr jln mlm bergelap ke lampu jalan yg di pasang oleh pihak TNB…. Semuanya kurindui…… ingat lagi suatu mlm aku ngan sepupu aku dr rumah nenek n then nak balik ke rumah….. siap pinjam ngan nenek, lampu minyak tanah utk suluh jln balik sbb jln gelap sgt….. waktu perjalan balk ke rumah tup tup tup dengar bunyi krok krok krok….. hah apa lagi menjeritlah kami sampai satu kg dngr suara kami org….. hahahahaha lucu lah…. Sbb tak pasti bunyi apakah itu…. Tp menyeramkanlah…… Tapi tu dulu zaman aku kanak-kanak, tapi tahun lepas waktu balik ke kg aku lihat segalanya berubah… xde lagi bebudak main galah kat court badminton… kosong je…. Yg ader pun main jadi-jadi….. tu jelah yang tinggal….. kalau ikutkan skrg tmpt aku org tgh gian main gasing….. tp tgk sunyi…. Masuk ke dalam kg…. suasana dh byk sgt berubah….. aku merasakan teriak zaman kanak-kanak memanggil aku…. Aku rindu sgt zaman tu…… masa tulah susah senang bersama n kalau merajuk pun depan2….. lagi satu tabiat kalau dah main tak ingt nak balik…. Tup tup tup cuping telinga rasa nak putus kena rentap ngan tgn org.. hah rupenyer……… my father….. “wak onan”- ko dah reti nak balik….. kul berapa nie….. dr pagi kuar blk mencekik n kuar ptg dah jengguk mahrib tak pulang……. Hah tulah antara kalimah yg aku masih ingt…. Ayah aku merupakan antara yg digeruni kat kg…. sekali mengamuk habis….. tapi ok kalau bab aku merenggek nak minta beli sesuatu……….. zaman kanak-kanak memang indah n ianya x dpt nak diundur balik….. walaupun ader poket doreamon sekalipun aku nak ianya neutral…… kini masing2 dah ader haluan masing2………… ader yg dah kahwin…. ader yg dah beranak pnak.... ader yg dah kerja…. Ader yg masih belajr (cam aku)… n ader yang tutttttttttttttt hah pikirlah sendiri……time mcm ni terdengar plak lagu diddy (hilang) ‘seribu penyesalan hilang harapan ku impikan’…… antara kalimah yg dapat ku nyatakan betapa indahnya zaman kanak2 ketika aku dewasa kini…… n time mcm nie lg best kalau nak bersahur, bukan main liat lg…. kalau tak di jerit kt lubang telinga ni oleh bapak aku or ngan senduk oleh mak aku mmg tak bangun….. tup tup tup berdenyut je kepala…. Terpaksalah bangun dgn keadaan muka ala-ala menaruh impian nak minta sambung tidur lg…. n kata kat mak org leh tahan lah mak esok hari dek penangan kuasa tido….. hermmmmmmmm x der makner nyer ko duduk situ g join makan… kang periuk nasi dlm mulut…… hahahah zaman kanak2 mmg lucu…. Time pose muka letih yg amt….. Mcm2 ragam dipamerkan….. tp mak ngan abah tak pernah marah….. 'mak perut org mcm ader bom atom lah… lapar sgt'…. Mak aku tgk n sambil senyum cakap g lah buat baring dulu jap g masuk lah waktu berbuka…… bercerita waktu berbuka plak… juadah berbuka kami org se family rasanyer berbeza ngan org lain kat dunia….. sbb kami org akan makan pengat air pisang, air milo or teh… n then kueh mueh yg lain serta buah kurma…… but kami tak pernah sentuh nasi selama berbuka sebulan… nasi n makanan berat seperti asam pedas or sambal belacan or makanan cam biasa adalah time sahur………….. sampailah skrg n aku rasa aku tak nak ubah sbb tu mmg amalan kami sekeluarga…… tp kat sini time belaja buka n sahur lantak nasi….. yelah aku sorg je yang mkn pengat yg lain tak pandai tinggal nasi time bbuka…. So ikut suara majority….. Hah panjang lak aku menaip kli nie….. dah masuk azan so bermakna bermula pose hr ke-5 bg umat islam…….. Selamat berpuasa n renung-renungkan dan slmt beramal

Friday, September 14, 2007

puasa kedua

hmmmmmmmmrrrrrrr cam biasa...... tapi hr nie aku dpt kejutan dlm kuliah........ nama aku naik utk presentation utk hr sabtu........... hah mengelabah aku.... nasib baik maklumat semua cukup n dah buat tinggal copy je...............

ptg cam biasa ahli tentera semua buat keje masing2.......... yg aku terus terjah komputer...... baca aktikel yang dah mcm tesis phd.......... huhuhuhuhuhuhuhu

cam biasa hari ni tak gi terawih......... opppppppppppssssssssss kantoi......... bukan apa ader kelas lah dr jam 7.30 smpi 9.30............. hehehehehehe

hah pagi ni aper lagi aku terus kan usaha utk siapkan slide show........... aku buat je........ tup tup tup....... pintu aku digendang mcm nak pecah........... oiiiiiiiiiiiiiiii mangku bumi bangun dah kul 4 lebih kang tak sempat sahur..................

hah apa lagi terbeliak n terus duduk lari gi basuh muka n member cam biasa lah buat muka doa selamat.............. huhuhuhuhu sorry bukan sengaja tapi terlelap............ mmg tak sedar......... anyway aku tak dpt letak gambar sbb kom aku ader virus

Thursday, September 13, 2007

lirik yang aku gemari

Kau Atau Aku
Elyana

Berlindung disebalik wajah selamba
Bagai tiada apa perasaan
Di antara kita berdua
Lucunya dalam saling berpura-pura
Semua orang tahu kau dan aku
Masing-masing punya rasa yang serupa
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu
Dilema di dalam permainan ini
Masa terasa panjang hingga membuatku tak tahan
Tertekan
Lakonan ini semakin membebankan
Terasa ingin saja aku terus terang
Tentang perasaan ku kepadamu
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali Masih menanti siapa mula dulu
Tawa-tawaku
Memulanya dulu
Ruangan empat muka dinding keliling
Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu
Berdering
Mengharap engkau jua sedang begini
Dalam keluh kesah menantikan
Terucapan yang ku cinta kepadamu
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali Masih menanti siapa mulakan dulu
Kita
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu
Kau atau aku
Memulakan dulu
Kau atau aku
Memulakan dulu

azkaban

Pertama kali berbuka d hari pertama puasa……

ALHAMDULILLAH……. tiada kalimah yang mampu ku ucapkan selain memuji Allah…. Terasa nikmat pabila air mengalir membasahi tekak dan diselusuri ngan buah tamar……… cam biasa makan nasi n sental lauk pauk yang yang ada depan mata…….. malam ni malam ke-2 TERAWIH……… semalam dahlah tak pergi….. opppppsssssss kantoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii……… Alhamdulillah dapat gak menunaikan sembahyang terawih…. (Yang wajib ko buat tak) huhuhuhuhuhuh…… almaklumlah seriau juga kena member diminta tolong jadi iman n bilal……. Bukan melarikan diri tapi belum cukup ilmu kat tangan…… heheheheh….. lepas ni cam biasa get ready untuk bersahur…. Mcm2 ada dlm kepala otak nak masak….. Last2 tdengar ketukan…. Tuk tuk tuk “oi bangun” mengelabah aku….. Cek2 makanan kat depan dah siap…… heheheheh apa semua tu………. Ya Allah dah dekat kul 4 pagi lagi……. Heheheheheh rupanya merancang dalam mimpi……..
Ha dah niat blum……
nawaitu sawmaradhin an ada in fardhu shari ramadhana hadihis sanati lillahitaala
SAHAJA AKU BERPUASA ESOK HARI KERANA ALLAH TAALA / SAHAJA AKU NIAT PUASA ESOK KERANA ALLAH TAALA….. AMIN, AMIN, AMIN………….

Ha kul berapa imsak ekkkkkkkkkkkkk…….. mulut ni gasaklah meneguk air…… apa semua tu….. heheheheh….. Batter stop lok kelak mati kang terteguk air time org dah azan subuh………………….

Wednesday, September 12, 2007

MANJALARA



WAH BEST AKU DAPAT TGK YANG LASTLY EPISOD FOR MANJALARA.....
pada sapa yang tak tgk meh sini aku nak habaq kat hang.....
bermula ngan si lara(manja) balik ke rumah ngan Es n Es bg tau kat Fara si Lisa dah mati sbb tjatuh dr bangunan.... n Es plak baru tahu yg si Lara adalah Manja.... hah sapa nak jawab.....
kes lain plak yg boleh aku buat........ si jofri n si ES dapat terima mereka sapa.....
lastlylah.... si kak fidah [mak si farizal] kahwin ngan pak noh n si farah ngan si farizal n si manja ngan es... habis citer.................
tapi yang suspen si sahara ada lagi........ ngan imej baru..... rambut pendek..... ya ampun.............. maksud nya cam ader manja lara 2 jak.... sbb si manja ader termimpi si sahara cuba nak bunuh manja...... hah sapa nak jawab............... aku ingat dah m....s. hi citer2..... penat dok menghayati ader lagi persoalan.....
tapi apa pun manjalara memang best........

hari pertama puasa

first day cam baisa lah.... umah aparment 211 mmg tak tido.... masing2 jadi h....u heheheheheh
pagi ni aku masak nasi 4 pot...... biasalah yg makan semua hero...... lepas tu goreng telur..... kwn aku sorg lagi g masak sardin............. n hangat kan kuah kari yg di beli malam tadi............. air plak teh o panas.......... hehehehe ok gak lah... biasa lah bujang......
hari ni enjoy sbb kawan aku pun dtg..... rasa happy lah sbb cam sahur kat umah............. huhuhuhuhuhuh tapi

aku mohon agar Ramadhan menjanjikan sesuatu untuk aku, dak umah aku, e, n semua umat di dunia........

Post Mortem MSBD’07




Post Mortem MSBD’07


Takder aper yang best. Tapi nilah masa utk aku cakap apa yang patut aku cakap….. almaklumlah aku ni jenis yang pantang diajak utk berunding mulalah aku aturkan litar bersepadu n segala memontum utk buat kenyataan. Tapi aku ngat aku yang ok rupanyer ader yg lbh over dr aku…. Member aku nie jenis dah lama pendam dpt keluar hah amik ko….. Rasa tanggal juga kepala aku dibuatnyer sekejap…… sekali menjerit ngan lecture jelling kebelakang….. opssssssssssssss larikkkkkkkkk.


Tapi sebenarnyer bukan nak nunjuk lagak or hero just beri pandangan agar benda yang remeh tak berlaku lagi……… junior buat renungan n senior perbaiki apa yang patut….. bak kata lecture aku di akhir sesi…….. Junior perlu tahu sapa org yg mula2 anjurkan program tersebut [terangkat gak aku masa tu sbb program tu mmg kami org punya idea (CAYALAH A.M THN 3 07/08), banggappun ader gak) n btul gak kata mmbr aku seorg tu…… u mesti tahu keje u……. kalau nak jadi glamour buat aper smpi badan LEMBIK……. Tq ‘E’……..

Cuma yg aku harap nama kami selaku pengasas program tersebut n lecture yg amat ku kasih Pn. Noria ak Tugang (kite Berjaya lakunya) tidak akan berkubur. Aku taknak segalanya berubah. Aku bangga krn dr itu masyarakat akan Nampak apa itu seni, budaya dan warisan.J

"Doa Harian Ramadhan "

Doa Hari – 1Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang YangBenar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan TidurnyaOrang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan SekalianAlam!!Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.Doa Hari – 2Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah AkuDan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk MembacaAyat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dad SemuaPengasih!!Doa Hari – 3Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezki Akal Dan Kewaspadaan Dan JauhkanlahAku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku DariSegala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai DzatYang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!Doa Hari – 4Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah-Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu.Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, DenganKemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.Doa Hari – 5Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan,Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Sholeh Dan Setia SertaJadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, DenganKelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara SemuaPengasih.Doa Hari – 6Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan MaksiatTerhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan-Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu,Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-OrangYang Berkeinginan!Doa Hari – 7Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan IbadahMalamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. DanBerikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu SecaraBerkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.Doa Hari – 8Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-AnakYatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan PergaulanDengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai TempatBerlindung Bagi Orang-Orang Yang BerharapDoa Hari – 9Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas,Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, DanBimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.Doa Hari – 10Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang BertawakkalKepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang MenangDisisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada-Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.Doa Hari – 11Yaa Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik,Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan DanKefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka DenganPertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.Doa Hari – 12Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. TutupilahDiriku Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di AtasJalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap YangAku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.Doa Hari – 13Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. BerilahKesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan BerilahKemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-OrangYang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.Doa Hari – 14Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang Kulakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan.Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan MalapetakaDengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.Doa Hari – 15Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang YangKhusyu'. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang YangMenyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang YangTakut.Doa Hari - 16Yaa Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana KehidupanOrang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan BersamaOrang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu HinggaSampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan SeruSekalian Alam.Doa Hari – 17Yaa Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan PenuhilahHajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan,Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui SegalaYang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad DanKeluarganya Yang Suci.Doa Hari – 18Yaa Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di SaatSaharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya DanBimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat MengikutiAjaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.Doa Hari – 19Yaa Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, DanMudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah KauJauhkan Aku Dari Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai PembedPetunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.Doa Hari – 20Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Sorga Dan TutupkanlahBagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku UntukMembaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-OrangMu'min.Doa Hari – 21Yaa Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keridhoan- Mu. DanJanganlah Engkau Bed Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku.Jadikanlah Sorga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan,Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.Doa Hari – 22Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Karunia-Mu, Turunkan Untukku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab-Penyebab Keridhoan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Sorga-Mu YangLuas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.Doa Hari – 23Yaa Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah DirikuDari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, WahaiPenghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.Doa Hari – 24Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan-Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang MendatangkanKemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-MuSerta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi ParaPeminta.Doa Hari – 25Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu DanMemusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-SunnahPenutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.Doa Hari – 26Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, DanDosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aibku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.Doa Hari – 27Yaa Allah! Rizkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan UbahlahPerkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah PermintaanMaafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang MahaPenyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Sholeh.Doa Hari – 28Yaa Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, DanMuliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. DekatkanlahPerantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang TidakTersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.Doa Hari – 29Yaa Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah KepadakuTaufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah WahaiPengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.Doa Hari – 30Yaa Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan PenerimaDi Atas Jalan Keridhoan-Mu Dan Keridhoan Rasul. Cabang-CabangnyaKokoh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad DanKeluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian

Tuesday, September 11, 2007

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BKN RAMADHAN AL-MUBARAK, MUDAH-MUDAHAN HIDUP INI DIBERKATI ALLAH SWT.....

tahun ni merupakan tahun ke 3 berpuasa kat kota samarahan srwk..... best sgt sbb buka awal..... opssssssssssss .... asgtafirullah .... lain pula maksud aku.............. ya ampun....... bukan aper sbb mmbr mcm adik-beradik.... aku takleh nak renggang ngan dia org n diao rg pun sama (insya-Allah) . yang best nyer time sahur sbb kite org selalu ingat kul 2 -3 petang,,,,, hahahahaha masa tulah jiran tetangga naik hantu..... yelah kite nak sahur n terus sembahyang subur.... insya-Allah,,,, tapi suara tak leh nak kontrol...... apa lagi party time lah....
biasa nyer aku ngan sorg lg mmbr akan jadi chef kat belakang yg lagi 3 org kemas kat depan n jgn menyibuk kat dapur... kat lesung dpt kat dahi.. hehehehe larikkkkkkkkkkkkkkkkkkk.....
tapi aku harap sgt hidup ini dipenuhi oleh keberkatan dr yang Maha Esa..... apa yang aku pinta segala nurani aku dekat ngan yang Maha Esa... amin

permulaan bagi aku...........................


ini merupakan permulaan pertama aku dalam blog.......
itupun setelah aku diperkenalkan oleh seseorang...... tujuan aku buat blog ini hanya kerana luahan isi hati aku..... tadi yang lain.......