Monday, November 26, 2007

Kehidupan yang menjadi impian…..

Kekadang seringkal kite berimpian bahawa hidup ini seharusnya indah, bahagia dan segalanya berjalan lancar. Tanpa memikirkan bahawa pertelingkahan, perselisihan faham dan apa saja yang bersangkutan dengan emosi jiwa adalah penawar duka dan lara. Kite seringkali berfikir kenapa dunia itu bulat, tanpa memikirkan batasan luar ruang lingkup cakerawala yang terbentang luas. Kite seringkali berfikir, kenapa tiada orang prihatin dekat kite…… tak kala itu kite berimpian untuk juga menjadi kanak-kanak sebab:

1. Tak payah pikir masalah sbb yang diaorang tahu main aje. Bab-bab masalah nie org tua yang pikirkan.

2. Tak payah buat kerja berat-berat sebab paling berat pun kena tolong mak buat kerja rumah. Lepas tu boleh main balik.

3. Dapat perhatian / orang simpati sebab segala urusan dan masalah diuruskan oleh mak/bapak. Kalau kanak-kanak ada masalah, nangis, murung, sakit, cepat je orang bagi tumpuan.

4. Boleh buat perangai walauun kena marah dan pukul tapi taklah sampai tahap kena tangkap dan masuk jel.

5. Takpe kalau buat salah sebab diaorang kan kanak-kanak, masih dalam proses belajar. Jadi setiap kesalahan adalah diterima.

Lucukan apabila kenang balik zaman itu….. tapi itu peraturan hidup…. Kite perlu laluinya….. perlu…. Perlu dan mesti…..

No comments: