Wednesday, November 14, 2007

sekelumit hati berbicara


KITA



Setiap orang perlukan kawan,teman,geng,orang-orang yang kita boleh berhubung.tapi apakah itu dia kawan?geng warung kopi,member seperjuangan,member lepak-lepak,rakan-rakan sekolah atau kawan-kawan yang bersama kita masa kecil.takda prajudies,takda perbezaan,takda pertandingan,takda persaingan.sehingga satu hari kita belajar untuk buka mata dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih.takda hal,sekarang ni setakat nak buat kawan memang cepat,senang dan pantas.tak payah keluar rumah,tak payah bangun dari kerusi, tenung je computer klik-klik je keyboard dah dapat kawan.boleh suka benda yang sama,tak suka pun takpe,kenal tak kenal belakang cerita.risiko kita tanggung sendiri kerana persahabatan adalah suatu penggembaraan yang tidak boleh diduga.



Kita meneruskan perjalanan hidup mencari kawan,teman dan rakan untuk mengisi kekosongan tanpa menyedari mereka di hadapan kita.hanya menunggu masa untuk menemukan kita kembali,hanya menunggu keadaan yang akan menentukan arah persahabatan.
Perkenalan membuatkan kita mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain membawa bersama kenangan manis dan impian hidup yang ingin kita kongsi.seperti sebutir habuk yang ditiup angin kita mencari ketentuan hidup dan arah masa depan.mahu tak mahu kita terpaksa membuat pilihan dan berhadapan dengan berbagai dugaan dalam meneruskan pengembaraan yang tidak dapat dielakkan.pengembaraan yang akan membawa kita ke tempat yang baru dan yang akan membawa kita pulang.



Terikat,terkongkong,terkurung?kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kemelut lama yang ikut kita ke mana saja kita pergi.akhirnya ruang membuatkan kita leka,lupa dan lalai,memaksa kita berfikir,membebankan kita,membebaskan kita,melemas dan menelan kita semula.

Kadang-kadang kita lupa.bercakap bukan sekadar bercakap,mendengar bukan sekadar mendengar. tetapi kita sebenarnya sedang mencari jalan penyelesaian,mencari kesefahaman.kita sedang meluahkan perasaan,isi hati dan keinginan untuk difahami.kita memerlukan seseorang untuk memahami kekusutan dunia kita.jadi kita kembali dengan penuh harapan.si dia yang telah kita kehilangan.tanpa menyedari kita sudah pun bertemu dengan pengisi kekosongan dan penganti tempat kita mengadu.



Bila dunia kita lumpuh kita belajar untuk bangun semula.kita makan,minum dan membuang masa seperti biasa tanpa menyedari semuanya sudah pun berubah.kita mungkin hilang peluang untuk berkata-kata dan terkapai-kapai untuk bersuara.tetapi kenangan dan pengalaman yang kita genggam selama ini akan menjadi pengikat persahabatan yang bakal kita jalinkan.
Setiap yang kita lakukan mesti kena dengan caranya.nak buat minuman sedap gula,susu,air mesti secukup rasa.nak masak lauk kena pilih bahan,kena pandai kawal api dan sukatan rencah perlu tepat tak lebih tak kurang untuk menjadikanya sesuatu yang boleh dinikmati.kerana setiap kesilapan boleh menjejaskan.seperti jugalah bercinta,lebih kurang sama jer.itu dan ini mesti ada.mesti ada keinginan dan mesti ada kemahuan baru boleh suka sama suka.dan dalam persahabatan ia perlu keserasian dan keikhlasan barulah boleh gham.akhirnya bila kita bertemu dan saling berkenalan,bila kita sudah sehaluan hanya masa akan menentukan perjalanan persahabatan kita.



Menunggu!rasanya sepanjang hidup kita,kita asyik menunggu.menunggu masa,menunggu peluang,menunggu nasib.menunggu tanpa penghujung sehingga kita asyik bertanyakan bila?bila?bila?atau sampai bila?tetapi macam mana bosan,jemu,jenuh menunggu kita terpaksa menunggu.dah jadi macam satu pekerjaan pulak atau satu bidang yang tak mendatangkan hasil.tapi kadang-kadang menunggu itu kita rasa berbaloi jugak bila kawan-kawan ada di samping kita.bila semuanya di luar kawalan kita apa yang boleh kita buat?selain menunggu dan mengharap.apa yang boleh kita buat hanya tunggu dan lihat.



Apabila kita sedar bila dunia yang telah kita bina sebenarnya rapuh dan mula retak,kita cuba sedaya upaya untuk berdiri dan bertahan kerana itu sahaja yang mampu kita lakukan.kita hanya boleh bersedia dan menunggu peluang untuk merampas kembali apa yang telah hilang…….

20071106

1 comment:

Ejaylicious said...

wah....suka sangat buat post2 perasaan ni....dah la perasaan hiba ..sedih..kecewa...hai2...buat la entry yang meriah gitu.....takder nak moshi2 k....i nak u bahagia selalu...k..muah